Sesungguhnya amat besar ganjarannya bagi orang yang bibirnya sentiasa basah dalam menyebut kalimah-kalimah Allah. Setiap satu nama Allah mempunyai maksud tertentu yang mempunyai pengertian yang amat besar. Berikut diterangkan antara khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dengan menyebut nama-namaNya:
Apabila dibaca kalimah diatas sebanyak 33x setiap kali selesai solat fardhu, Allah SWT akan menjadikan pembacanya sebagai ahli Asror (mempunyai keistimewaan yang khusus). |
Sekiranya ingin mendapatkan cahaya keimanan, maka bacalah kalimah di atas sebanyak 100x setelah selesai mandi jumaat (1x dalam seminggu) |
Bagi sesiapa yang membaca kalimah diatas sebanyak 116x setiap hari, insya Allah akan memperolehi kekuatan yang khusus baginya. |
Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang. |
Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang. |
Sekiranya dibaca sebanyak 7x setiap hari atau selepas solat fardhu, maka Allah SWT akan memberikan ilmu Wahbi. |
Bagi memperolehi kasih sayang, hendaklah dibaca 7x selepas setiap kali mengerjakan solat atau setiap hari. |
Untuk memperolehi kemurahan rezeki, dianjurkan supaya berpuasa selama 3 hari berturut-turut (hari rabu, khamis dan jumaat) sambil membaca pada siang dan malam harinya tanpa had tertentu. |
Barang siapa mempunyak hajat/keinginan terutama berkenaan dengan rezeki, hendaklah dia membaca doa ini selepas solat jumaat sebanyak 70x dengan catatan masih dalam sikap tasayahhud akhir dan belum berkata-kata. Insya allah tidak datang kepadanya jumaat yang kedua kecuali Allah SWt telah mengabulkan permintaannya. dikutip dari : http://www.darulnuman.com |
Dengan berzikir InsyaAllah kita lebih dekat dengan Allah SWT.
ReplyDelete